? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, December 17, 2009

AKTIVITI 13: TUGASAN 4: MINI KAJIAN TINDAKAN

Tajuk: Pembelajaran dan Pengajaran Menggunakan Kaedah Pembelajaran Inkuiri (Penemuan) Berasaskan Bahan Maujud


Kerangka-kerangka yang akan digunakan dalam mini kajian tindakan...

1. Kerangka teoritikal

  • Menurut Piaget (1958), kanak-kanak aktif membentuk kefahaman terhadap persekitaran melalui empat tahap perkembangan kognitif. Dua proses penting di dalam membina kefahaman tentang dunia persekitaran ini ialah organisasi dan adaptasi. Contohnya, kebolehan kita memisahkan antara idea utama dengan idea yang kurang penting dan kebolehan kita untuk membandingkan satu idea dengan idea yang lain.
  • Empat tahap perkembangan kognitif itu ialah deria motor (0-2 tahun), pra-operasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-11 tahun) dan operasi formal (11-15 tahun ke atas). Pada tahap operasi konkrit, pelajar boleh menggunakan logik untuk memahami sesuatu idea, konsep atau proses tetapi dengan bantuan manipulasi fizikal atau arimetik. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan penggunaan bahan konkrit secara aktif di dalam kelas sangat ditekankan oleh Piaget kerana percaya bahawa medium tersebut merupakan cara pembelajaran yang paling berkesan untuk perkembangan penaakulan (Piaget & Gracia, 1987). Piaget (1966) merumuskan bahawa persediaan mental merupakan faktor dalaman yang banyak mempengaruhi keberkesanan pembelajaran.
  • Proses pembelajaran yang menggalakkan murid untuk berfikir dikenali sebagai pembelajaran berfikrah. Ianya berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah. Semua murid boleh berfikir dan mampu meningkatkan pemikiran masing-masing daripada pemikiran asas seperti mengingat kembali kepada pemikiran yang lebih kompleks seperti menyelesaikan masalah. Pembelajaran melalui pendekatan inkuiri-penemuan mengintegrasikan perolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran, penerapan sikap saintifik dan nilai murni. Ianya akan berlaku apabila konsep dan prinsip utama yang dikaji itu ditemui oleh pelajar sendiri.
2. Kerangka konseptual
  • Kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajar spesifik dalam jangka pendek. Kaedah yang digunakan dalam p&p ini adalah pendekatan inkuiri-penemuan.
  • Pendekatan inkuiri-penemuan menekankan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri-penemuan bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di persekitaran. Ianya merupakan satu siri aktiviti yang akan dirancang oleh guru dan murid-murid akan menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang dengan cara memerhati, menyiasat, menganalisa, mencuba dan menguji secara sendiri di bawah bimbingan guru dan akhirnya menemui fakta-fakta atau kesimpulan sendiri.
  • National Science Teachers Association Amerika Syarikat mencirikan inkuiri-penemuan sebagai:
  • ~ penyoalan dan penyediaan masalah yang boleh diselesaikan (questioning and formulating solvable problems)
  • ~ membuat refleksi dan membina pengetahuan daripada data (reflecting on, and constructing knowledge from data)
  • ~ berkolaborasi dan menukar maklumat untuk mencari jawapan (collaborating and exchanging information while seeking solutions)
  • ~ membina konsep dan perkaitan daripada data empirikal (developing concepts and relationships from empirical data)
  • Inkuiri-penemuan mengandungi lima prosedur yang disusun seperti berikut:
  • ~ Mengenal pasti masalah
  • ~ Merancang strategi penyelesaian (meramal/membuat hipotesis, tentukan cara jalankan kajian)
  • ~ Mengumpul maklumat yang berkaitan (pemerhatian/eksperimen, mencatat maklumat)
  • ~ Mengkaji & menganalisis maklumat (menginterpretasi/mentafsir maklumat)
  • ~ Membuat generalisasi / rumusan / kesimpulan
3. Kerangka operational
  • Kajian ini bertujuan supaya pelajar memainkan peranan aktif untuk menyiasat dan menemuinya sendiri melalui strategi inkuiri-penemuan ini. Terdapat tiga peringkat pembelajaran yang terdapat dalam inkuiri-penemuan (Townbridge & Bybee, 1990). Peringkat pertama melibatkan pembelajaran secara penemuan (discovery learning) di mana guru menyediakan masalah dan prosesnya manakala pelajar mencari pelbagai cara penyelesaian alternatif. Peringkat kedua ialah inkuiri-penemuan terbimbing (guided inquiry) di mana guru menyediakan masalah dan pelajar menetukan proses dan penyelesaiannya. Peringkat yang terakhir semakin mencabar di mana guru menyediakan konteks sesuatu masalah dan pelajar akan mengenal pasti masalah serta cara penyelesaiannya.
  • Penyoalan merupakan asas dalam pembelajaran ini kerana soalan yang menggalakkan pemikiran pelajar dan tertumpu kepada inkuiri -penemuan sangat penting untuk menghasilkan p&p yang berkesan (Dantonio,1987). Interaksi verbal antara guru dan pelajar dengan memberi banyak pengukuhan dan ganjaran akan mempengaruhi pelajar untuk menjawab soalan (Rowe, 1973). Pengetahuan sedia ada pelajar juga sangat penting sebelum sesuatu konsep diajar kerana melalui pengalaman dan pemerhatian, pelajar mempunyai ideanya tersendiri. Akhir sekali, melalui praktikal, pelajar menggunakan alat bantu mengajar untuk mempelajari konsep itu sendiri di mana pelajar-pelajar akan menyiasat, mencuba dan menjalankan eksperimen sehinggalah mereka dapat membuat kesimpulan mereka sendiri berasaskan konsep yang sudah dipelajari. Maka inkuiri-penemuan ini dapat memperlihatkan keaktifan dan kekreatifan pelajar di dalam kelas semasa proses p&p.

Wednesday, December 16, 2009

12-12-09: TUGASAN 1: BUKU

Tajuk buku: You and Your Action Research Project, 2nd Edition
Penulis: Jean Mc Niff, Pamela Lomax and Jack Whitehead

Apa maksud kajian tindakan?

Kajian tindakan ialah menyediakan satu penyelesaian yang praktik terhadap masalah yang ditemui dengan membina pengetahuan baru, mencari cara untuk menguji kesahan maklumat yang ditemui, mengenalpasti sebab tindakan yang diambil, mengumpulkan dan mentafsirkan data untuk menunjukkan sebab dan nilai itu telah dibuktikan dan dipenuhi. Ianya sentiasa terus diperkembangkan secara berterusan sehingga ke tahap profesional.

Mengenal pasti masalah kajian

  • Lebih dikenali sebagai "fokus kepada kajian". Ia mengenal pasti kerangka konseptual yang digunakan di mana kerangka konseptual ini biasanya digunakan untuk merujuk kepada isu di dalam kesusasteraan, seperti keadilan, demokrasi, isu jantina, isu campuran bangsa. Pengkaji biasanya akan mengenal pasti 3 atau 4 major kerangka konseptual.
  • Isu boleh disediakan dengan cara tertentu seperti hipotesis yang hendak diuji atau idea yang hendak diterokai. Pengkaji mengenalpasti masalah dengan sentiasa mengemukakan persoalan. Ianya penting bagi memastikan setiap persoalan itu memenuhi situasi.
  • "How do I improve what I am doing?" (Whitehead, 1989)
  • "How do I help you to learn?" (Russell and Korthagen, 1995)
  • Bentuk yang istimewa persoalan kajian yang sering ditanya oleh pengkaji kajian adalah, "How do I...?" dan akan diikuti dengan persoalan yang berunsurkan pendidikan
  • Iany berfokus kepada sebab pengkaji untuk melakukan kajian dan bagaimana melakukannya. Tarikan kajian itu ialah apa yang pengkaji itu ingin kaji.
  • Maka poin penting adalah untuk mengenal pasti area yang hendak disiasat dan memastikan pengkaji itu boleh melakukan sesuatu. Ini membawa maksud kajian tindakan itu bermula; dari mana mereka mengambil situasi dunia sebenar sebagai area interest mereka.
  • Adakah ianya berkaitan dengan kerja pengkaji lakukan?
  • Kecilkan skop, lebih fokuskan dan lebih terurus.
  • Pastikan agar yakin dapat menunjukkan perkembangan dalam amalan dan situasi pengkaji.
  • Selepas mengenalpasti isu kajian, barulah memikirkan persoalan kajian, "How do I...?"


Setting kajian

  • Semakin luas bidang kerja, fokus kajian akan tertumpu pada aspek kecil dalam kerja tersebut. Pengkaji perlu bersikap pemilih.
  • Kenalpasti kumpulan kecil yang akan menjadi sampel kajian. Sampel ini akan bertindak sebagai wakil kerja luas pengkaji. Dipastikan agar mereka akan membantu untuk menghasilkan data yang mana akan membantu pengkaji membuat pengadilan dalam perkembangan kerjanya.
  • Fokus kerja adalah pengkaji dan merupakan sumber utama. Sampel adalah sumber data yang akan menunjukkan bagaimana pengkaji cuba untuk melatih pengaruh pendidikan.

Bagaimana guru melakukan kajian tindakan?

(a) Prosedur kajian

  1. Mengenalpasti masalah
  • Periksa dengan tutor memastikan ini adalah bidang kajian. Apabila membuat bacaan awal, pilih 1 atau 2 keywords dan periksa siapa lagi yang membuat kajian di dalam bidang ini. Mungkin tiada orang lain yang melakukan kajian, atau jika ada, mungkin pengkaji boleh mendapatkan beberapa penyelidikan bernilai dari sana. Ianya penting untuk terus meningkatkan dengan bidang pengkaji.

2. Nilai penyataan

  • Berfikir sebentar sebab bidang ini dipilih. Apakah nilai profesional dan motif sehingga menyebabkan kajian ini dipilih.
  • Sehingga takat mana pengkaji berharap untuk melakukannya dengan cara yang diingini dan apakah yang perlu dilakukan untuk membaiki situasi.

3. Pengumpulan data (Pusingan 1)

  • Selalunya akan wujud godaan atau cabaran dalam pengumpulan data. Pengkaji akan mengenalpasti kunci bidang yang akan membantu menunjukkan yang pengkaji memperbaiki situasi.
  • Perlu diingat bahawa data bukanlah bukti.
  • Failkan data. Sekiranya mengumpulkan data untuk pelbagai bidang yang berlainan, gunakan fail atau kota yang berwarna, dan letakkan data ini ke dalamnya.
  • Jangan sesekali membuang sebarang data sehingga projek selesai, dan kemudian bersikap pemilih di mana memastikan untuk membuang sebarang data menurut apa yang telah dirunding bersama sampel kajian.
  • Buat teknik senarai pengumpulan data, dan nomborkannya mengikut keutamaan.
  • Jangan menjangka bahawa setiap teknologi itu boleh didapati maka perlu diperiksa dahulu. Berhubung dengan rakan lain tentang penggunaan teknologi.
  • Jika menyimpan dalam komputer, buatkan back-up copies untuk maklumat tersebut dan back-up kepada back-up. Pengkaji sudah pun mengalami kehilangan maklumat disebabkan kegagalan berfungsi teknologi. Sentiasa simpan kerja-kerja dengan kerap.

4. Menggambarkan kemungkinan situasi atau penyelesaian yang dipilih

  • Fikirkan kemungkinan perancangan tindakan. Fikirkan dalam soal 'Plan A, menyediakan (x) dan (y)', atau 'Plan B, jika (a) dan (b).
  • Gambarkan kemungkinan senario masa hadapan dengan menggambarkan kemungkinan yang berlaku dalam 2 bulan akan datang dan apakah perbezaannya.

5. Pengumpulan data (Peringkat 2 dan seterusnya)

  • Boleh menggunakan metod dan instrument yang sama dalam peringkat 1, atau yang berlainan.
  • Kemungkinan fail dan kotak berlainan warna diperlukan untuk membandingkan data yang diperolehi dalam peringkat pertama dan kedua. Jika pengumpulan data dilakukan ke peringkat yang seterusnya, kemungkinan fail dan kotak berlainan warna diperlukan lagi, atau, lebih baik jika data disusun semula dalam kategori yang sedia ada atau yang baru.

(b) Pengumpulan dan penganalisisan data

1. Diari kajian

  • Pengkaji menggunakannya untuk mencatat idea-idea yang berkaitan dengan kajian tindakan.
  • Mengandungi had masa serta digunakan juga sebagai data mentah yang boleh digunakan untuk dianalisis di mana diari itu sendiri berpotensi untuk dijadikan sumber bukti utama.
  • Digunakan untuk mencartakan kemajuan kajian tindakan termasuk kejayaan atau kegagalan tindakan serta pembelajaran peribadi yang muncul daripada refleksi kendiri.

2. Pemerhatian

  • Pengkaji memerhatikan apa yang sedang berlaku dan mencatatkan pemerhatiannya. pengkaji melihat diri sendiri dan orang lain untuk memeriksa sama ada diri sendiri mempengaruhi orang lain ataupun tidak.
  • strategi yang digunakan adalah head counting: iaitu mengira jumlah kekerapan situasi tertentu yang ingin dikaji itu berlaku dan menghasilkan 1 carta.
  • strategi kedua adalah carta interaksi: melukis 1 grafik yang berhubung secara dinamik apa yang berlaku
  • strategi ketiga adalah tatacara analisis: menulis 1 agenda atau perancangan masa bagi program tertentu dan kemudian plotkan tindakan dan interaksi berhubung antara 1 sama lain dalam 1 kerangka
  • strategi keempat adalah analisis proses interaksi: mengesan interaksi interpersonal dalam kepelbagaian situasi sepanjang masa. Maka perlu biasa dengan kategori kelakuan yang dijadikan sebagai petunjukan tindakan

3. Soal selidik

  • bukan semulajadi dan digunakan untuk mengetahui maklumat yang tidak boleh dipastikan
  • tidak ada soalan atau jawapan betul tetapi terdapat soalan dan jawapan yang sesuai yang akan mempengaruhi kajian
  • soalan tertutup: ruang lebih kecil untuk jawapan dan jawapan lebih mudah untuk dikira
  • soalan terbuka: beri peluang kepada responden untuk memberi pendapat yang lebih luas. Ruang jawapan lebih luas tetapi memakan masa untuk dianalisis kerana mempunyai pelbagai idea

4. Temubual

  • kajian tindakan lebih kepada berhalakan pendidikan maka temubual lebih kepada perbincangan informal daripada temubual formal
  • pengkaji harus memberitahu tentang apa yang dibincangkan mengikut jadual temubual dan menggunakan kemahiran mendengar dengan baik sebagai menghormati orang ditemubual

5. Fotografi, rakaman audio dan video

  • fotografi adalah untuk dokumenkan tindakan serta sebahagian daripada pengawasan dan strategi penilaian. Ianya boleh dijadikan sebagai rangsangan ingatan di mana pengkaji boleh bercerita tentang pengalaman dengan menggunakan gambar
  • rakaman audio merekodkan mesej lisan mankala rakaman video boleh merekodkan mesej lisan dan bukan lisan yang digunakan sebagai refleksi dan penilaian dalan kajian tindakan

Friday, December 11, 2009

12-12-09: TUGASAN 2: JURNAL

Check out this SlideShare Presentation:

Saturday, December 5, 2009

AKTIVITI 12: PEMURNIAN

Mini kajian tindakan

Pembelajaran dan Pengajaran Menggunakan Pendekatan Penemuan (enquiry learning) Berasaskan Bahan Maujud

Matlamat kajian

Penerapan pembelajaran secara KBKK kepada pelajar

Objektif kajian

  1. Menggalakkan pelajar aktif berfikir secara penerokaan
  2. Menggalakkan pembelajaran secara "think-pair-share"
  3. Meningkatkan kreativiti dan keyakinan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran

Penyataan masalah

  1. Pelajar malas berfikir semasa proses pengajaran dan pembelajaran sebaliknya lebih suka mendapatkan segala maklumat terus daripada guru
  2. Proses pengajaran dan pembelajaran lebih kepada teknik berpusatkan guru di mana lebih banyak teori daripada praktikal

Persoalan kajian

Adakah kaedah inkuiri ini dapat memperlihatkan kreativiti pelajar di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran?

Thursday, December 3, 2009

AKTIVITI 11: TUGASAN 2: JURNAL

Jurnal 1: Adaptive Use Patterns of Secondary School Classroom Environment

Permasalahan kajian

Kedudukan pelajar di dalam kelas mempengaruhi penerimaan pengajaran guru. Begitu juga keadaan fizikal kelas dengan kedudukan meja guru dan pelajar mempengaruhi komunikasi mereka. 4 faktor terbesar keadaan kelas adalah:

· Keadaan fizikal
· Pengurusan masa / arahan
· Pengurusan tingkah laku
· Keefektifan guru

Pengkaji melaporkan penyataan masalah dengan cara:

  • Kajian kepustakaan yang pernah dibuat sebelum ini dalam ekologi kelas yang menunjukkan hubungan antara kedudukan pelajar dalam kelas dan pembolehubah seperti grade kursus, jarak fizikal antara guru dan pelajar, pilihan tempat duduk oleh pelajar dan persembahan pelajar di baris hadapan kelas (Holliman and Anderson, 1986; Benedict and Hoag, 2004; Perkins and Wieman, 2005).
  • Kajian kepustakaan tentang pilihan tempat duduk oleh pelajar yang mana pencapaian pelajar berkait dengan jarak pelajar dengan guru (Becker et al. 1973; Marlowe et al. 2006)
  • Guru membuat pelan kedudukan pelajar di dalam kelas yang berkaitan dengan stail pengajaran serta pendekatan yang digunakan guru (Rapoport, 1990, p. 178; Banning, 1993; Sommer, 1977; Koneya, 1976, Marx et al. 2000).
  • Kajian kepustakaan tentang penyusunan tempat duduk dan kedudukan pelajar yang memberikan kesan yang berlainan dalam komunikasi di dalam kelas (Becker et al. 1973; McCroskey and McVetta, 1978; Cooper and Simonds, 2003, p.94; Richmond and McCroskey, 2000, p.300)

Jurnal 2: Action Research on the Development of Caring Curriculum in Taiwan: Part II

Penyataan Masalah

  1. Kajian ini dijalankan berdasarkan penurunan atau kurang kemahiran secara praktikal yang dilakukan oleh pelajar-pelaja dalam bidang kejururawatan dalam kursus penjagaan pesakit.
  2. Pensyarah melihat atau mencari jalan penyelesaian dengan membuat penilaian terhadap tahap kemahiran pelajar melalui ujian atau teori.

Jurnal 3: A Collaburative Action Research Project in Inclusion Setting: Assisting a Blind Student

Penyataan Masalah

Inklusifkan pelajar yang cacat penglihatan ke dalam kelaspelajar tipikal yang lain dengan mengikuti sesi p&p yang sama dengan pelajar lain.

Pengkaji melaporkan penyataan masalah dengan:

  • pengumpulan data adalah selama 6 bulan yang mana data dikumpul melalui temu bual yang dilakukan ke atas guru besar, guru kelas, guru yang membantu dalam kelas dan Nafeli sendiri.
  • data juga dikumpul melalui pemerhatian cara pembelajaran Nafeli di dalam kelas.

AKTIVITI 10: TUGASAN 1: BUKU

Mengenal pasti masalah kajian tindakan...

  • Isu kajian boleh disediakan dengan cara tertentu seperti hipotesis yang hendak diuji atau idea yang hendak diterokai.
  • Persoalan yang paling penting tentang isu adalah, "What issue do I have to deal with in my personal professional life?"
  • Jawapan yang diberikan sama ada fokus yang meluas ataupun tertentu sahaja. Mungkin anda memerlukan untuk menguruskan masa dengan lebih baik, atau menolong orang yangtertentu, atau menukar elemen di dalam kurikulum, atau mengembangkan kapasiti untuk mendengar atau bermacam isu lain. Maka ianya difokuskan kepada satu isu sahaja di dalam program kajian.
  • Tarikan kajian itu ialah apa yang dihajatkan untuk menyiasat.
  • Maka poin penting adalah untuk mengenal pasti area yang hendak disiasat dan memastikan boleh melakukan sesuatu. Ini membawa maksud kajian tindakan itu bermula dari mana mereka dan dari mana mereka mengambil situasi dunia sebenar sebagai area interest mereka.
  • Selepas mengenalpasti isu kajian, barulah merumuskannya sebagai soalan kajian.
  • Mereka mengenalpasti masalah dengan sentiasa mengemukakan persoalan. Ianya penting bagi memastikan setiap persoalan itu memenuhi situasi.
    "How do I improve what I am doing?" (Whitehead, 1989), "How do I help you to learn?" (Russell and Korthagen, 1995)
    Bentuk yang istimewa persoalan kajian yang sering ditanya oleh pengkaji kajian adalah "How do I....." ..dan akan diikuti dengan persoalan yang berunsurkan pendidikan: "...understand my practice better (for your benefit)?" "....help you to learn?" "...contribute to the wider body of knowledge?" "...conribute to the education of social formation?"

Friday, November 20, 2009

AKTIVITI 9: TUGASAN 4 - MINI KAJIAN TINDAKAN

(i) Matlamat mini kajian tindakan

Penerapan pembelajaran secara KBKK kepada pelajar


(ii) Objektif mini kajian tindakan

  1. Menggalakkan pelajar aktif berfikir melalui penerokaan
  2. Menggalakkan pembelajaran secara think-pair-share
  3. Meningkatkan kreativiti dan keyakinan pelajar dalam proses p&p

(iii) Persoalan mini kajian tindakan

Adakah kaedah enquiry learning ini dapat memperlihatkan kreativiti pelajar di dalam kelas semasa proses p&p?

AKTIVITI 8: TUGASAN 4 - MINI KAJIAN TINDAKAN

Cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran subjek:

i) Cadangan secara individu

  1. Guru harus memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan idea
  2. Guru haru memberikan arahan dan penerangan yang tepat dan sesuai agar ianya mudah difahami oleh pelajar
  3. Guru sendiri harus mengetahui peranan mereka apabila di dalam kelas. Dengan itu guru harus bersedia setiap kali sebelum mula masuk ke kelas agar apa yang dirancangkan tidak akan menjadi sebaliknya
  4. Guru harus membuat refleksi setiap kali di akhir pengajaran untuk memastikan setiap pelajar mendapat apa yang diajar pada hari itu

ii) Cadangan secara kumpulan

Penerapan pembelajaran secara enquiry learning yang berasaskan bahan maujud supaya pelajar dapat mengembangkan daya pemikiran mereka melalui kaedah enquiry learning dan juga dapat mengembangkan penggunaan pancaindera mereka melalui penggunaan bahan maujud. Dengan pembelajaran secara teori akan berkurang kerana teori itu sendiri akan diaplikasikan di dalam praktikal dan seterusnya dapat mengurangkan tahap kebosanan di kalangan pelajar sekaligus menjadikan pembelajaran lebih menarik.

iii) Cadangan kumpulan lain

Guru sendiri harus bijak memainkan peranannya, memantau aktiviti pelajar bagi memastikan setiap pelajar bekerjasama dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Ini penting untuk membolehkan pelajar belajar secara inkuiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada guru. Dengan itu guru kan dapat memastikan setiap objektif pembelajaran itu akan tercapai di akhir pengajaran kelak.

AKTIVITI 7: TUGASAN 4 - MINI KAJIAN TINDAKAN

Kelemahan pengajaran subjek:

i) Pengalaman / refleksi individu

  1. Teori lebih daripada praktikal (cth: lebih banyak penggunaan LCD dan teaching courseway)
  2. Penglibatan guru secara langsung adalah terhad
  3. Pelajar cepat berasa bosan
  4. Perkembangan pancaindera pelajar adalah kurang kerana kini mereka hanya menggunakan deria lihat dan dengar berbanding dahulu mereka menggunakan deria lihat, dengar, rasa dan sentuh.
  5. Pelajar kurangnya daya berfikir membuatkan imaginasi mereka adalah rendah
  6. Pelajar tidak kreatif kerana mereka hanya bergantung kepada ilmu dan maklumat yang diberikan daripada guru semata

ii) Pengalaman / refleksi kumpulan

Guru menekankan pembelajaran secara berpusatkan pelajar di mana pelajar lebih menguasai pembelajaran namun di akhir pengajaran dilihat guru lebih mendominasi keadaan membuatkan yang akhirnya menjadikan pembelajaran berpusatkan guru.

iii) Pengalaman / refleksi kumpulan lain

Pelajar yang pandai lebih cenderung untuk mendominasi pembelajaran berbanding pelajar lain jika ianya dibuat dalam berkumpulan.

Monday, November 16, 2009

AKTIVITI 6: TUGASAN 4 - MINI KAJIAN TINDAKAN

Kekuatan pengajaran subjek:

(i) Pengalaman / refleksi individu

  1. Pelajar berfikir di luar kotak
  2. Menjana idea baru kepada pelajar
  3. Guru sebagai scaffolding
  4. Pembelajaran pelajar menjadi lebih bermakna
  5. Dapat mencungkil potensi pelajar
  6. Pelajar belajar dengan seronok
  7. Penglibatan pelajar adalah secara langsung
  8. Dapat menunjukkan kesan nyata (cth: rasa masam diuji sendiri oleh pelajar. Bukan hanya disebut dan membiarkan pelajar menggambarkannya)
  9. Dapat mendisiplinkan pelajar
  10. Dapat menerapkan nilai-nilai rasa ingin tahu di kalangan pelajar

(ii) Pengalaman / refleksi kumpulan


Melalui kaedah penemuan ini, guru dapat menjalankan pengajaran secara dua hala. Ini bermaksud tidak hanya guru memberi maklumat tetapi terdapat juga maklumat dan pendapat daripada pelajar.Ini dapat mengembangkan minda dan informasi atau kosa kata baru kepada pelajar khususnya dan kepada guru amnya.


(iii) Pengalaman / refleksi kumpulan lain


Mewujudkan aktiviti pembelajaran di dalam kelas lebih aktif dan pelajar dapat mengembangkan idea serta dapat meneroka sesuatu yang baru.


(iv) Literature review


Student-Centered Teaching Meets New Media: Concept and Case Study
Penulis: Andreas HolzingerGraz University Hospital, Institute for Medical Informatics, Statistics, and Documentation (IMI)Engelgasse 13/1, A-8010 Graz, Austria.

Dalam jurnal ini bukti secara empirik menunjukan bahawa pelajar yang yang diberi kebebasan (explore) dalam pembelajaran mereka disamping bimbingan dan sokongan dari guru bukan sahaja mencapai keputusan yang baik dalam akademik, malah meraka dapat membina sosial serta peribadi diri mereka. Dan dikatakan juga pengajaran secara student centred ini memerlukan gabungan komunikasi, organisasi dan bahan bantu dalam pengajaran. ini jelas menunjukan untuk mencapai pembelajaran secara student centred guru-guru perlu lebih kreatif dan inovatif dalam pengajaran dalam bilik darjah yang meliputi aspek komunikasi dan juga bahan bantu mengajar yang digunakan.

Friday, November 13, 2009

AKTIVITI 5: TUGASAN 1 BUKU & TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN


Mengapa guru (pelatih/novis/berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan?


  1. Apabila kita mahu mengetahui sesuatu yang kita tidak tahu sebelum ini.
  2. Membantu mengembangkan pemahaman dengan lebih mendalam tentang apa yang anda lakukan sebagai pengkaji dalaman.
  3. Perkembangan pembelajaran kendiri dan situasi kendiri.
  4. Apabila kita mahu mengkaji apa yang berlaku di dalam situasi yang tertentu dan cuba untuk memperbaikinya.

AKTIVITI 4: MINI KAJIAN TINDAKAN

(i) Tajuk mini kajian tindakan:

Pengajaran dan Pembelajaran Secara "Enquiry Learning" Berasaskan Bahan Maujud

(ii) Nama ahli kumpulan:

  1. Nor Sahida Binti Agus Salim (P51989)
  2. Nor Hapsah Binti Mohamad (P51971)
  3. Wan Noor Syamimi Binti Md Noor (P52013)

(iii) Sebab memilih tajuk mini kajian tindakan ini:

  1. Untuk menjana minda pelajar lebih berfikiran kreatif dan inovatif
  2. Untuk menggalakkan pembelajaran secara berpusatkan pelajar
  3. Untuk melatih pelajar mencari dan menerokai maklumat secara sendiri
  4. Untuk mewujudkan suasana pembelajaran lebih menarik
  5. Memastikan apa yang dipelajari lebih difahami dan diingati untuk digunakan di masa akan datang.

(iv) Permasalahan kajian:

Pelajar berkeperluan khas terutama pelajar masalah pendengaran sukar untuk memahami sesuatu topik mata pelajaran sains sekiranya ia melibatkan syarahan atau kuliah yang panjang. Sesi pembelajaran menjadi lebih bosan dan pelajar tidak dapat memahami tajuk yang dipelajari. Pengajaran guru yang lebih kepada teacher centered learning menjadikan pelajar malas berfikir. Maka melalui kaedah ini, pelajar akan mencari dan menerokai maklumat itu sendiri hanya berasaskan bahan-bahan yang dibekalkan guru. Dengan ini pelajar akan lebih melibatkan diri di dalam sesi pembelajaran membuatkan mereka lebih memahami dan mengingati topik yang dipelajari.

(v) Sampel kajian:

Pelajar-pelajar masalah pendengaran

(vi) Setting kajian:

Di dalam kelas

AKTIVITI 2: JURNAL

Jurnal 1: Adaptive Use Patterns of Secondary School Classroom Environments.


Author: Aleksander Sztejnberg, 2006


Fokus kajian: Kajian ini adalah untuk menyiasat bagaimana guru sekolah menengah menyesuaikan diri memanfaatkan pembelajaran dalam persekitaran bilik darjah. Pendekatan ini menjelaskan hubungan intim antara gaya mengajar, gaya belajar dan penyesuaian penggunaan ruang sebaik untuk pembelajaran persekitaran yang berbeza. Dua kaedah utama yang digunakan dalam kajian ini. Kaedah pertama ialah merekod pemerhatian ruang (mapping). Kaedah kedua melibatkan dua soal selidik iaitu Principles of Adult Learning Scale (PALS) dan Questionnaire of the Classrooms' Physical Properties.

JURNAL 2 :Action Research in Language Teacher Education

Penulis: Christine Thorne dan Wang Qiang.

Fokus kajian: Refleksi daripada para guru merupakan satu perkara penting dalam bidang pendidikan. Ini dipercayai bahawa, ia boleh meningkatkan atau menggalakkan penguasaan guru-guru untuk meningkatkan peratus peperiksaan dan nilai tradisional atau kaedah yang pelbagai, dan reflek tentang pengajaran mereka sendiri dalam pengalaman dan pengetahuan teori yang mereka perolehi daripada pembacaan yang profesional dan program pendidikan guru-guru. Artikel ini memfokuskan kepada pelaksanaan dan pembangunan kajian tindakan dalam projek di Beijing Normal University iaitu Sino-British MA dalam Program Bahasa Inggeris.Tujuan projek ini adalah untuk memperkenalkan kajian tindakan kepada guru-guru bahasa Inggeris di China bagi menggalakkan refleksi tentang pengajaran dan penyelidikan di dalam kelas serta menjadi jambatan atau penghubung di antara teori-teori dengan pratikal di dalam dunia realiti sebenar di dalam bilik darjah.

JURNAL 3 : A Collaburative Action Research Project in Inclusion Setting: Assisting A blind Student.

Fokus kajian: Projek menginklusifkan pelajar yang cacat penglihatan ke dalam ke kelas pelajar tipical dengan menggunakan co-teaching sheme, yang mana tujuanya adalah untuk memberikan inklusif yang terbaik kepada pelajar cacat penglihatan melibatkan diri dalam aktiviti di kelas seperti pelajar tipical yang lain. untuk melaksanakan kajian tindakan ini 2 orang guru bekerjasama dalam memberikan pengajaran kepada Nafeli (sample). yang mana seorang guru mengajar dihadapan kelas dan seorang lagi guru yang pakar dalam braile akan duduk disebelah nafeli untuk membantunya, dan guru ini juga akan menyediakan bahan bantu mengajar yang khusus untuk Nafeli bagi membolehkanya menjalani p&p guru seperti biasa serta dapat melakukan tugasan-tugsan yang ada dalam buku teks.

Thursday, November 12, 2009

AKTIVITI 1: TUGASAN 1 BUKU

Tajuk buku: You and Your Action Research Project, 2nd Edition
Penulis: Jean McNiff, Pamela Lomax and Jack Whitehead




Kajian Tindakan

Kajian tindakan ialah menyediakan satu penyelesaian yang praktik terhadap masalah yang ditemui dengan membina pengetahuan baru, mencari cara untuk menguji kesahan maklumat yang ditemui, mengenalpasti sebab tindakan yang diambil, mengumpulkan dan mentafsirkan data untuk menunjukkan sebab dan nilai itu telah dibuktikan dan dipenuhi. Ianya sentiasa terus diperkembangkan secara berterusan sehingga ke tahap profesional.

Saturday, November 7, 2009

TUGASAN 2: JURNAL


Jurnal 1: The Role of Action Research in Fostering Culturally-Responsive Practices in a Preschool Classroom

Peranan Kajian Tindakan Dalam Memelihara Amalan-Amalan Budaya Responsif di Kelas Prasekolah

Mariana Souto-Manning, Christina Hanson Mitchell

Permasalahan kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk membolehkan kanak-kanak prasekolah menceburkan diri di dalam amalan etnik dan budaya yang berbeza dari keluarga, rumah dan kaum mereka di sekolah.

Sampel kajian

Kajian di jalankan oleh guru pendidikan awal kanak-kanak dan guru prasekolah serta kanak-kanak prasekolah di United States.

Setting kajian

Kajian dijalankan di dalam kelas.



Prosedur kajian

1) Kajian ini dijalankan oleh guru pendidikan awal kanak-kanak dan guru prasekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji cara-cara bagi pelaksanaan pengajaran berkaitan budaya
kepada kanak-kanak.
2) Guru menggunakan pendirian tindakan kolaboratif pendidik dalam mempelajari budaya masyarakat dan ahli individu bagi masyarakat ini. Guru menggunakan kaedah penceritaan dan eksplorasi.
3) Guru menjemput ibu bapa datang ke sekolah untuk membaca, bercerita mengenai tradisi
mereka dan melibatkan diri di dalam aktiviti kebudayaan yang sebenar. Di sini guru akan menjadi pelajar dan mempelajari tentang budaya kanak-kanak daripada keluarga dan masyarakat
4) Selain itu, guru akan mencari bahan rujukan daripada seluruh dunia berkenaan tradisi masyarakat ini
5) Kemudian guru akan menjalankan kaedah eksplorasi bersama pelajar mengenai tradisi percutian mereka bersama keluarga atau di rumah. Guru akan fokus kepada tradisi yang dialami oleh pelajar supaya kanak-kanak dapat berkongsi pengalaman mereka.

Pengumpulan data

Data dikumpulkan secara sistematik melalui jurnal, mentafsir nota-nota ini secara penceritaan dan membuat keputusan pengajaran berdasarkan pemerhatian dan pentafsiran.

Penganalisisan data

Data yang didapati bukan di dalam bentuk formula tetapi dalam bentuk cerita. Data dianalisis dengan melihat pada corak dan tema. Melalui kajian ini, pendirian guru berubah. Semasa perubahan, terdapat corak dalam ceritanya yang menunjukkan tema biasa. Satu perubahan dalam pendirian guru menerangkan suasana kelas, membuatkan perbezaan itu dihormati dan meliputi kepelbagaian keluarga, perspektif, bahasa dan sebagainya.
Paparan Hasil Kajian
Data kajian dipaparkan dalam bentuk cerita yang melihat pada tema. Temanya adalah:

- sebagai seorang guru, dia mewujudkan satu pendirian iaitu merendah diri
- guru mengaburi peranan pelajar dan guru
- sebagai seorang pelajar, guru mengambil pendirian bagi etnografi
- di dalam kelas, guru menggalakkan dialog
- semasa dialog, andaian-andaian guru dan kanak-kanak dicabar
- semasa andaian dicabar, mereka bergerak menghampiri kesedaran sosiopolitik

Friday, November 6, 2009

TUGASAN KELAS: MODEL DAN KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Konsep kajian tindakan
Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif; dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan. Ianya satu pendekatan yang bersifat telus, terbuka dan dipersetujui oleh semua warga sekolah. Walaubagaimanapun data atau bukti yang diperolehi tidak boleh melibatkan pengenalan diri, tempat atau lokasi yang dijadikan sumber kajian. Hasil dapatan perlu disebarluaskan kepada warga sekolah untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti. Menurut Hanipah Hussin; kajian tindakan ialah satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Penyertaan (pengurus sekolah, guru atau pelajar) membuat intervensi dan lang-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru. ia dilaksanakan dalam apa jua keadaan dengan tujuan memperbaiki amalan kerja, menambah kefahaman baru dalam meningkatkan profesionalisma dalam profesion perguruan. Dua prinsip kajian tindakan:
1) Sebagai kegiatan kitaran / gelungan yang terdiri daripada beberapa langkah (a spiral of steps)
2) Dijalankan secara individu atau kolaboratif oleh sekumpulan guru yang berusaha bersama-sama untuk membawa perubahan dan memperbaiki amalan kerja mereka.

Model kajian tindakan
Model 1: McKernan (1996)


Model 2: Elliott (1991)



Model 3: Ebbutt (1985)

Model 4: Stringer (1999)

Model 5: Kemmis & McTaggart (1988)

Sunday, November 1, 2009

TUGASAN 3: LAPORAN PERBENTANGAN KOLOKIUM SENIOR

Ulasan 1:


Meningkatkan Penglibatan Pelajar Masalah Pendengaran Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Bagi Tema Pencapaian Kendiri dengan Menggunakan Kaedah Permainan Dart

Nama pembentang:
  1. Azwani Binti Mohamed Ariff
  2. Nurul Huda Binti Mohd Rejab
  3. Nor Sakinah Binti W. Ishak

Nama penyelia: Dr. Mohd Hanafi Bin Mohd Yasin


Objektif kajian:
  1. Meningkatkan penglibatan pelajar masalah pendengaran dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
  2. Menerapkan nilai-nilai murni iaitu kerjasama dan tolak ansur dalam diri pelajar masalah pendengaran


Persoalan kajian:

  1. Adakah dengan menggunakan kaedah permainan dart ini dapat menarik minat pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan?
  2. Adakah dengan menggunakan permainan dart ini dapat menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri setiap pelajar?

Metodologi:

Kajian ini menggunakan model Kemmis dan Mc Taggert (1988)
- Perancangan
- Tindakan
- Pemerhatian
- Refleksi


Metodologi yang digunakan untuk menjalankan kajian ini adalah berbentuk kualitatif iaitu:
- Video
- Gambar
- Catatan pengkaji
- Temubual


Setting kajian:

Kajian ini dijalankan dalam dua kitaran. dalam kitaran pertama, guru mengenal pasti masalah pelajar terhadap proses p&p. Hasil kajian didapati pelajar bosan ketika p&p dijalankan kerana kaedah yang digunakan adalah berbentuk penerangan dan kuliah. Maka tindakan diambil dengan mengubah kaedah pengajaran.
Guru merancang untuk menggunakan kaedah permainan dart ini di dalam aktiviti pengukuhan untuk melihat kerjasama di antara pelajar. Guru memecahkan pelajar kepada tiga kumpulan dan memberi pelajar peluang untuk membaling dart sebelum menjawab soalan. Hasil daripada pemerhatian, didapati terdapat pelajar yang tidak berminat terhadap p&p. Mereka kurang bekerjasama malah mereka hanya berebut untuk membaling dart dan menjawab soalan yang dikemukakan. Maka perancangan dibuat kembali di mana gurumemberitahu setiap ahli kumpulan perlu bekerjasama di dalam kumpulan. Permainan dilakukan dengan lebih teratur iaitu setiap kumpulan mengikut giliran.


Sampel kajian:

9 orang pelajar
- 6 orang pelajar lelaki
- 3 orang pelajar perempuan


Dapatan kajian:

1. Video dan gambar
- dapat melihat pelajar bekerjasama dalam kumpulan. Mereka berbincang dan membantu rakan apabila rakan tidak dapat menjawab soalan.


2. Temu bual tidak berstruktur
- pelajar mengakui kaedah ini amat menarik


3. Catatan guru
- melalui refleksi guru


Implikasi kajian:

1. Kaedah ini sememangnya dapat menarik minat pelajar kepada proses p&p di mana mereka lebih menumpukan perhatian terhadap pembelajaran.
2. Dapat meningkatkan penglibatan pelajar sepenuhnya apabila kaedah ini dijalan secara mengikut giliran.
3. Dapat menerapkan nilai murni dalam diri pelajar kerana melalui pemerhatian dapat dilihat pelajar saling membantu rakan dalam menjawab soalan dan lebih berdisiplin mengikut giliran pembalingan dart tanpa berebut.


Cadangan:

1. Guru mempelbagaikan kaedah permainan yang berbentuk manipulatif seperti kuiz, teka-teki, catur, saidina, monopoli dan sebagainya.
2. Guru juga boleh menggunakan kaedah permainan berbentuk fizikal seperti pergerakan, koordinasi, kemahiran fizikal dan kecekapan dalam topik pembelajaran yang melibatkan praktikal.




Ulasan 2:


Meningkatkan Keyakinan Pelajar Bermasalah Pendengaran Untuk Berkomunikasi Secara Lisan dengan Menggunakan Kaedah 'Verbal Repeatition' Dalam Proses Pembelajaran dan Pengajaran

Nama Pembentang:
  1. Najwa Hayatee Binti Abdullah
  2. Suzana Binti Mohd Fauzi
  3. Ummi Salmah Binti Adnan

Nama penyelia: Encik Safani Bari


Objektif kajian:

Meningkatkan keyakinan pelajar masalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan kaedah 'verbal repeatition' dalam pengajaran dan pembelajaran.


Persoalan kajian:

1. Adakah kaedah 'verbal repeatition' ini dapat meningkatkan keyakinan pelajar masalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan dalam p&p?
2. Adakah pelajar masalah pendengaran dapat menguasai sebutan istilah perkataan dengan menggunakan kaedah ini?


Metodologi:

Kajian ini menggunakan model Kemmis dan Mc Taggart (1988)
- Perancangan
- Tindakan
- Pemerhatian
- Refleksi


Setting kajian:

Ketika proses p&p, pelajar lebih banyak menggunakan bahasa isyarat daripada cuba menyebut perkataan yang diminta oleh guru. dalam kitaran pertama, guru mengambil tindakan dengan menulis perkatan tersebut di white board. Guru akan mengeja dengan menggunakan bahasa isyarat. Kemudian guru akan menyebut sebelum pelajar pula yang menyebut perkataan tersebut.
Hasilnya, tidak semua pelajar yang menyebut perkataan itu. Guru juga tidak dapat mengenal pasti siapakah yang menyebut dan siapakah yang tidak. Maka dalam kitaran kedua, guru meminta pelajar berdiri dan menyebut perkataan itu mengikut giliran membuatkan pelajar terpaksa menyebutnya.
Akhirnya dalam kitaran ketiga, guru akan meminta pelajar tampil ke hadapan lalu menyebut perkataan yang ditulis di white board sebanyak lima kali.


Sampel:

19 orang pelajar yang melibatkan pelajar tingkatan 1, 2 dan 3.


Dapatan kajian:

1. Rakaman video dan pemerhatian
- untuk melihat tingkah laku dan ekspresi pelajar ketika cuba menyebut perkataan tersebut.
- mula-mula pelajar malu dan kurang yakin namun selepas kitar ketiga, pelajar-pelajar mula berani untuk tampil ke depan dan menyebut perkataan.


2. Temubual
- dibuat secara tidak formal selepas p&p bagi bertanyakan perasaan pelajar mengenai kaedah ini
- terdapat pelajar yang sukar untuk menyebut perkataan kerana huruf konsonan itu lebih banyak mengeluarkan angin
- namun pelajar seronok kerana diberi pendedahan untuk menyebut perkataan-perkataan yang sukar.


3. Diari
- lebih berbentuk kepada refleksi daripada rancangan pengajaran harian (RPH) guru.


Implikasi kajian:

1. Dapat meningkatkan keyakinan dan motivasi pelajar
2. Memberi peluang kepada pelajar untuk membetulkan sebutan-sebutan perkataan yang sukar lebih-lebih lagi yang melibatkan huruf konsonan
3. Ini juga dapat membantu pelajar yang pasif dan berasa malu sebelum ini


Cadangan:

  1. Guru memberi penekanan kepada fonatik

Monday, October 26, 2009

TUGASAN KELAS: 10 SEBAB MENGAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN

  1. Dapat mengenal pasti masalah yang wujud di kalangan pelajar hari ini
  2. Dapat mencari punca masalah dan jalan penyelesaian bagi permasalahan tersebut
  3. Dapat menggunakan pelbagai teknik dan kaedah pengajaran serta pembelajaran untuk melicinkan sesi p&p
  4. Dapat mempelajari pelbagai teknik pengumpulan data
  5. Meningkatkan kefahaman dan prestasi pelajar
  6. Menambahkan minat pelajar dalam penggunaan kepelbagaian teknik dan kaedah p&p
  7. Melahirkan guru-guru yang mempunyai kepelbagaian kemahiran pengajaran dalam melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang
  8. Dapat membuat refleksi diri bagi menilai keberkesanan sesuatu kaedah tersebut
  9. Memeperbaiki kaedah p&p yang telah digunakan dan mencari kaedah yang terbaik
  10. Meningkatkan taraf pendidikan negara bagi melahirkan guru yang lebih berfikiran kreatif, kritis dan inovatif bagi meningkatkan prestasi pelajar
  11. Menjadikan kerjaya guru ini lebih menarik