? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, December 16, 2009

12-12-09: TUGASAN 1: BUKU

Tajuk buku: You and Your Action Research Project, 2nd Edition
Penulis: Jean Mc Niff, Pamela Lomax and Jack Whitehead

Apa maksud kajian tindakan?

Kajian tindakan ialah menyediakan satu penyelesaian yang praktik terhadap masalah yang ditemui dengan membina pengetahuan baru, mencari cara untuk menguji kesahan maklumat yang ditemui, mengenalpasti sebab tindakan yang diambil, mengumpulkan dan mentafsirkan data untuk menunjukkan sebab dan nilai itu telah dibuktikan dan dipenuhi. Ianya sentiasa terus diperkembangkan secara berterusan sehingga ke tahap profesional.

Mengenal pasti masalah kajian

  • Lebih dikenali sebagai "fokus kepada kajian". Ia mengenal pasti kerangka konseptual yang digunakan di mana kerangka konseptual ini biasanya digunakan untuk merujuk kepada isu di dalam kesusasteraan, seperti keadilan, demokrasi, isu jantina, isu campuran bangsa. Pengkaji biasanya akan mengenal pasti 3 atau 4 major kerangka konseptual.
  • Isu boleh disediakan dengan cara tertentu seperti hipotesis yang hendak diuji atau idea yang hendak diterokai. Pengkaji mengenalpasti masalah dengan sentiasa mengemukakan persoalan. Ianya penting bagi memastikan setiap persoalan itu memenuhi situasi.
  • "How do I improve what I am doing?" (Whitehead, 1989)
  • "How do I help you to learn?" (Russell and Korthagen, 1995)
  • Bentuk yang istimewa persoalan kajian yang sering ditanya oleh pengkaji kajian adalah, "How do I...?" dan akan diikuti dengan persoalan yang berunsurkan pendidikan
  • Iany berfokus kepada sebab pengkaji untuk melakukan kajian dan bagaimana melakukannya. Tarikan kajian itu ialah apa yang pengkaji itu ingin kaji.
  • Maka poin penting adalah untuk mengenal pasti area yang hendak disiasat dan memastikan pengkaji itu boleh melakukan sesuatu. Ini membawa maksud kajian tindakan itu bermula; dari mana mereka mengambil situasi dunia sebenar sebagai area interest mereka.
  • Adakah ianya berkaitan dengan kerja pengkaji lakukan?
  • Kecilkan skop, lebih fokuskan dan lebih terurus.
  • Pastikan agar yakin dapat menunjukkan perkembangan dalam amalan dan situasi pengkaji.
  • Selepas mengenalpasti isu kajian, barulah memikirkan persoalan kajian, "How do I...?"


Setting kajian

  • Semakin luas bidang kerja, fokus kajian akan tertumpu pada aspek kecil dalam kerja tersebut. Pengkaji perlu bersikap pemilih.
  • Kenalpasti kumpulan kecil yang akan menjadi sampel kajian. Sampel ini akan bertindak sebagai wakil kerja luas pengkaji. Dipastikan agar mereka akan membantu untuk menghasilkan data yang mana akan membantu pengkaji membuat pengadilan dalam perkembangan kerjanya.
  • Fokus kerja adalah pengkaji dan merupakan sumber utama. Sampel adalah sumber data yang akan menunjukkan bagaimana pengkaji cuba untuk melatih pengaruh pendidikan.

Bagaimana guru melakukan kajian tindakan?

(a) Prosedur kajian

  1. Mengenalpasti masalah
  • Periksa dengan tutor memastikan ini adalah bidang kajian. Apabila membuat bacaan awal, pilih 1 atau 2 keywords dan periksa siapa lagi yang membuat kajian di dalam bidang ini. Mungkin tiada orang lain yang melakukan kajian, atau jika ada, mungkin pengkaji boleh mendapatkan beberapa penyelidikan bernilai dari sana. Ianya penting untuk terus meningkatkan dengan bidang pengkaji.

2. Nilai penyataan

  • Berfikir sebentar sebab bidang ini dipilih. Apakah nilai profesional dan motif sehingga menyebabkan kajian ini dipilih.
  • Sehingga takat mana pengkaji berharap untuk melakukannya dengan cara yang diingini dan apakah yang perlu dilakukan untuk membaiki situasi.

3. Pengumpulan data (Pusingan 1)

  • Selalunya akan wujud godaan atau cabaran dalam pengumpulan data. Pengkaji akan mengenalpasti kunci bidang yang akan membantu menunjukkan yang pengkaji memperbaiki situasi.
  • Perlu diingat bahawa data bukanlah bukti.
  • Failkan data. Sekiranya mengumpulkan data untuk pelbagai bidang yang berlainan, gunakan fail atau kota yang berwarna, dan letakkan data ini ke dalamnya.
  • Jangan sesekali membuang sebarang data sehingga projek selesai, dan kemudian bersikap pemilih di mana memastikan untuk membuang sebarang data menurut apa yang telah dirunding bersama sampel kajian.
  • Buat teknik senarai pengumpulan data, dan nomborkannya mengikut keutamaan.
  • Jangan menjangka bahawa setiap teknologi itu boleh didapati maka perlu diperiksa dahulu. Berhubung dengan rakan lain tentang penggunaan teknologi.
  • Jika menyimpan dalam komputer, buatkan back-up copies untuk maklumat tersebut dan back-up kepada back-up. Pengkaji sudah pun mengalami kehilangan maklumat disebabkan kegagalan berfungsi teknologi. Sentiasa simpan kerja-kerja dengan kerap.

4. Menggambarkan kemungkinan situasi atau penyelesaian yang dipilih

  • Fikirkan kemungkinan perancangan tindakan. Fikirkan dalam soal 'Plan A, menyediakan (x) dan (y)', atau 'Plan B, jika (a) dan (b).
  • Gambarkan kemungkinan senario masa hadapan dengan menggambarkan kemungkinan yang berlaku dalam 2 bulan akan datang dan apakah perbezaannya.

5. Pengumpulan data (Peringkat 2 dan seterusnya)

  • Boleh menggunakan metod dan instrument yang sama dalam peringkat 1, atau yang berlainan.
  • Kemungkinan fail dan kotak berlainan warna diperlukan untuk membandingkan data yang diperolehi dalam peringkat pertama dan kedua. Jika pengumpulan data dilakukan ke peringkat yang seterusnya, kemungkinan fail dan kotak berlainan warna diperlukan lagi, atau, lebih baik jika data disusun semula dalam kategori yang sedia ada atau yang baru.

(b) Pengumpulan dan penganalisisan data

1. Diari kajian

  • Pengkaji menggunakannya untuk mencatat idea-idea yang berkaitan dengan kajian tindakan.
  • Mengandungi had masa serta digunakan juga sebagai data mentah yang boleh digunakan untuk dianalisis di mana diari itu sendiri berpotensi untuk dijadikan sumber bukti utama.
  • Digunakan untuk mencartakan kemajuan kajian tindakan termasuk kejayaan atau kegagalan tindakan serta pembelajaran peribadi yang muncul daripada refleksi kendiri.

2. Pemerhatian

  • Pengkaji memerhatikan apa yang sedang berlaku dan mencatatkan pemerhatiannya. pengkaji melihat diri sendiri dan orang lain untuk memeriksa sama ada diri sendiri mempengaruhi orang lain ataupun tidak.
  • strategi yang digunakan adalah head counting: iaitu mengira jumlah kekerapan situasi tertentu yang ingin dikaji itu berlaku dan menghasilkan 1 carta.
  • strategi kedua adalah carta interaksi: melukis 1 grafik yang berhubung secara dinamik apa yang berlaku
  • strategi ketiga adalah tatacara analisis: menulis 1 agenda atau perancangan masa bagi program tertentu dan kemudian plotkan tindakan dan interaksi berhubung antara 1 sama lain dalam 1 kerangka
  • strategi keempat adalah analisis proses interaksi: mengesan interaksi interpersonal dalam kepelbagaian situasi sepanjang masa. Maka perlu biasa dengan kategori kelakuan yang dijadikan sebagai petunjukan tindakan

3. Soal selidik

  • bukan semulajadi dan digunakan untuk mengetahui maklumat yang tidak boleh dipastikan
  • tidak ada soalan atau jawapan betul tetapi terdapat soalan dan jawapan yang sesuai yang akan mempengaruhi kajian
  • soalan tertutup: ruang lebih kecil untuk jawapan dan jawapan lebih mudah untuk dikira
  • soalan terbuka: beri peluang kepada responden untuk memberi pendapat yang lebih luas. Ruang jawapan lebih luas tetapi memakan masa untuk dianalisis kerana mempunyai pelbagai idea

4. Temubual

  • kajian tindakan lebih kepada berhalakan pendidikan maka temubual lebih kepada perbincangan informal daripada temubual formal
  • pengkaji harus memberitahu tentang apa yang dibincangkan mengikut jadual temubual dan menggunakan kemahiran mendengar dengan baik sebagai menghormati orang ditemubual

5. Fotografi, rakaman audio dan video

  • fotografi adalah untuk dokumenkan tindakan serta sebahagian daripada pengawasan dan strategi penilaian. Ianya boleh dijadikan sebagai rangsangan ingatan di mana pengkaji boleh bercerita tentang pengalaman dengan menggunakan gambar
  • rakaman audio merekodkan mesej lisan mankala rakaman video boleh merekodkan mesej lisan dan bukan lisan yang digunakan sebagai refleksi dan penilaian dalan kajian tindakan

0 comments: