? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, December 17, 2009

AKTIVITI 13: TUGASAN 4: MINI KAJIAN TINDAKAN

Tajuk: Pembelajaran dan Pengajaran Menggunakan Kaedah Pembelajaran Inkuiri (Penemuan) Berasaskan Bahan Maujud


Kerangka-kerangka yang akan digunakan dalam mini kajian tindakan...

1. Kerangka teoritikal

  • Menurut Piaget (1958), kanak-kanak aktif membentuk kefahaman terhadap persekitaran melalui empat tahap perkembangan kognitif. Dua proses penting di dalam membina kefahaman tentang dunia persekitaran ini ialah organisasi dan adaptasi. Contohnya, kebolehan kita memisahkan antara idea utama dengan idea yang kurang penting dan kebolehan kita untuk membandingkan satu idea dengan idea yang lain.
  • Empat tahap perkembangan kognitif itu ialah deria motor (0-2 tahun), pra-operasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-11 tahun) dan operasi formal (11-15 tahun ke atas). Pada tahap operasi konkrit, pelajar boleh menggunakan logik untuk memahami sesuatu idea, konsep atau proses tetapi dengan bantuan manipulasi fizikal atau arimetik. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan penggunaan bahan konkrit secara aktif di dalam kelas sangat ditekankan oleh Piaget kerana percaya bahawa medium tersebut merupakan cara pembelajaran yang paling berkesan untuk perkembangan penaakulan (Piaget & Gracia, 1987). Piaget (1966) merumuskan bahawa persediaan mental merupakan faktor dalaman yang banyak mempengaruhi keberkesanan pembelajaran.
  • Proses pembelajaran yang menggalakkan murid untuk berfikir dikenali sebagai pembelajaran berfikrah. Ianya berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah. Semua murid boleh berfikir dan mampu meningkatkan pemikiran masing-masing daripada pemikiran asas seperti mengingat kembali kepada pemikiran yang lebih kompleks seperti menyelesaikan masalah. Pembelajaran melalui pendekatan inkuiri-penemuan mengintegrasikan perolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran, penerapan sikap saintifik dan nilai murni. Ianya akan berlaku apabila konsep dan prinsip utama yang dikaji itu ditemui oleh pelajar sendiri.
2. Kerangka konseptual
  • Kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajar spesifik dalam jangka pendek. Kaedah yang digunakan dalam p&p ini adalah pendekatan inkuiri-penemuan.
  • Pendekatan inkuiri-penemuan menekankan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri-penemuan bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di persekitaran. Ianya merupakan satu siri aktiviti yang akan dirancang oleh guru dan murid-murid akan menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang dengan cara memerhati, menyiasat, menganalisa, mencuba dan menguji secara sendiri di bawah bimbingan guru dan akhirnya menemui fakta-fakta atau kesimpulan sendiri.
  • National Science Teachers Association Amerika Syarikat mencirikan inkuiri-penemuan sebagai:
  • ~ penyoalan dan penyediaan masalah yang boleh diselesaikan (questioning and formulating solvable problems)
  • ~ membuat refleksi dan membina pengetahuan daripada data (reflecting on, and constructing knowledge from data)
  • ~ berkolaborasi dan menukar maklumat untuk mencari jawapan (collaborating and exchanging information while seeking solutions)
  • ~ membina konsep dan perkaitan daripada data empirikal (developing concepts and relationships from empirical data)
  • Inkuiri-penemuan mengandungi lima prosedur yang disusun seperti berikut:
  • ~ Mengenal pasti masalah
  • ~ Merancang strategi penyelesaian (meramal/membuat hipotesis, tentukan cara jalankan kajian)
  • ~ Mengumpul maklumat yang berkaitan (pemerhatian/eksperimen, mencatat maklumat)
  • ~ Mengkaji & menganalisis maklumat (menginterpretasi/mentafsir maklumat)
  • ~ Membuat generalisasi / rumusan / kesimpulan
3. Kerangka operational
  • Kajian ini bertujuan supaya pelajar memainkan peranan aktif untuk menyiasat dan menemuinya sendiri melalui strategi inkuiri-penemuan ini. Terdapat tiga peringkat pembelajaran yang terdapat dalam inkuiri-penemuan (Townbridge & Bybee, 1990). Peringkat pertama melibatkan pembelajaran secara penemuan (discovery learning) di mana guru menyediakan masalah dan prosesnya manakala pelajar mencari pelbagai cara penyelesaian alternatif. Peringkat kedua ialah inkuiri-penemuan terbimbing (guided inquiry) di mana guru menyediakan masalah dan pelajar menetukan proses dan penyelesaiannya. Peringkat yang terakhir semakin mencabar di mana guru menyediakan konteks sesuatu masalah dan pelajar akan mengenal pasti masalah serta cara penyelesaiannya.
  • Penyoalan merupakan asas dalam pembelajaran ini kerana soalan yang menggalakkan pemikiran pelajar dan tertumpu kepada inkuiri -penemuan sangat penting untuk menghasilkan p&p yang berkesan (Dantonio,1987). Interaksi verbal antara guru dan pelajar dengan memberi banyak pengukuhan dan ganjaran akan mempengaruhi pelajar untuk menjawab soalan (Rowe, 1973). Pengetahuan sedia ada pelajar juga sangat penting sebelum sesuatu konsep diajar kerana melalui pengalaman dan pemerhatian, pelajar mempunyai ideanya tersendiri. Akhir sekali, melalui praktikal, pelajar menggunakan alat bantu mengajar untuk mempelajari konsep itu sendiri di mana pelajar-pelajar akan menyiasat, mencuba dan menjalankan eksperimen sehinggalah mereka dapat membuat kesimpulan mereka sendiri berasaskan konsep yang sudah dipelajari. Maka inkuiri-penemuan ini dapat memperlihatkan keaktifan dan kekreatifan pelajar di dalam kelas semasa proses p&p.

0 comments: