? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, December 17, 2009

AKTIVITI 13: TUGASAN 4: MINI KAJIAN TINDAKAN

Tajuk: Pembelajaran dan Pengajaran Menggunakan Kaedah Pembelajaran Inkuiri (Penemuan) Berasaskan Bahan Maujud


Kerangka-kerangka yang akan digunakan dalam mini kajian tindakan...

1. Kerangka teoritikal

  • Menurut Piaget (1958), kanak-kanak aktif membentuk kefahaman terhadap persekitaran melalui empat tahap perkembangan kognitif. Dua proses penting di dalam membina kefahaman tentang dunia persekitaran ini ialah organisasi dan adaptasi. Contohnya, kebolehan kita memisahkan antara idea utama dengan idea yang kurang penting dan kebolehan kita untuk membandingkan satu idea dengan idea yang lain.
  • Empat tahap perkembangan kognitif itu ialah deria motor (0-2 tahun), pra-operasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-11 tahun) dan operasi formal (11-15 tahun ke atas). Pada tahap operasi konkrit, pelajar boleh menggunakan logik untuk memahami sesuatu idea, konsep atau proses tetapi dengan bantuan manipulasi fizikal atau arimetik. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan penggunaan bahan konkrit secara aktif di dalam kelas sangat ditekankan oleh Piaget kerana percaya bahawa medium tersebut merupakan cara pembelajaran yang paling berkesan untuk perkembangan penaakulan (Piaget & Gracia, 1987). Piaget (1966) merumuskan bahawa persediaan mental merupakan faktor dalaman yang banyak mempengaruhi keberkesanan pembelajaran.
  • Proses pembelajaran yang menggalakkan murid untuk berfikir dikenali sebagai pembelajaran berfikrah. Ianya berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah. Semua murid boleh berfikir dan mampu meningkatkan pemikiran masing-masing daripada pemikiran asas seperti mengingat kembali kepada pemikiran yang lebih kompleks seperti menyelesaikan masalah. Pembelajaran melalui pendekatan inkuiri-penemuan mengintegrasikan perolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran, penerapan sikap saintifik dan nilai murni. Ianya akan berlaku apabila konsep dan prinsip utama yang dikaji itu ditemui oleh pelajar sendiri.
2. Kerangka konseptual
  • Kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajar spesifik dalam jangka pendek. Kaedah yang digunakan dalam p&p ini adalah pendekatan inkuiri-penemuan.
  • Pendekatan inkuiri-penemuan menekankan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri-penemuan bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di persekitaran. Ianya merupakan satu siri aktiviti yang akan dirancang oleh guru dan murid-murid akan menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang dengan cara memerhati, menyiasat, menganalisa, mencuba dan menguji secara sendiri di bawah bimbingan guru dan akhirnya menemui fakta-fakta atau kesimpulan sendiri.
  • National Science Teachers Association Amerika Syarikat mencirikan inkuiri-penemuan sebagai:
  • ~ penyoalan dan penyediaan masalah yang boleh diselesaikan (questioning and formulating solvable problems)
  • ~ membuat refleksi dan membina pengetahuan daripada data (reflecting on, and constructing knowledge from data)
  • ~ berkolaborasi dan menukar maklumat untuk mencari jawapan (collaborating and exchanging information while seeking solutions)
  • ~ membina konsep dan perkaitan daripada data empirikal (developing concepts and relationships from empirical data)
  • Inkuiri-penemuan mengandungi lima prosedur yang disusun seperti berikut:
  • ~ Mengenal pasti masalah
  • ~ Merancang strategi penyelesaian (meramal/membuat hipotesis, tentukan cara jalankan kajian)
  • ~ Mengumpul maklumat yang berkaitan (pemerhatian/eksperimen, mencatat maklumat)
  • ~ Mengkaji & menganalisis maklumat (menginterpretasi/mentafsir maklumat)
  • ~ Membuat generalisasi / rumusan / kesimpulan
3. Kerangka operational
  • Kajian ini bertujuan supaya pelajar memainkan peranan aktif untuk menyiasat dan menemuinya sendiri melalui strategi inkuiri-penemuan ini. Terdapat tiga peringkat pembelajaran yang terdapat dalam inkuiri-penemuan (Townbridge & Bybee, 1990). Peringkat pertama melibatkan pembelajaran secara penemuan (discovery learning) di mana guru menyediakan masalah dan prosesnya manakala pelajar mencari pelbagai cara penyelesaian alternatif. Peringkat kedua ialah inkuiri-penemuan terbimbing (guided inquiry) di mana guru menyediakan masalah dan pelajar menetukan proses dan penyelesaiannya. Peringkat yang terakhir semakin mencabar di mana guru menyediakan konteks sesuatu masalah dan pelajar akan mengenal pasti masalah serta cara penyelesaiannya.
  • Penyoalan merupakan asas dalam pembelajaran ini kerana soalan yang menggalakkan pemikiran pelajar dan tertumpu kepada inkuiri -penemuan sangat penting untuk menghasilkan p&p yang berkesan (Dantonio,1987). Interaksi verbal antara guru dan pelajar dengan memberi banyak pengukuhan dan ganjaran akan mempengaruhi pelajar untuk menjawab soalan (Rowe, 1973). Pengetahuan sedia ada pelajar juga sangat penting sebelum sesuatu konsep diajar kerana melalui pengalaman dan pemerhatian, pelajar mempunyai ideanya tersendiri. Akhir sekali, melalui praktikal, pelajar menggunakan alat bantu mengajar untuk mempelajari konsep itu sendiri di mana pelajar-pelajar akan menyiasat, mencuba dan menjalankan eksperimen sehinggalah mereka dapat membuat kesimpulan mereka sendiri berasaskan konsep yang sudah dipelajari. Maka inkuiri-penemuan ini dapat memperlihatkan keaktifan dan kekreatifan pelajar di dalam kelas semasa proses p&p.

Wednesday, December 16, 2009

12-12-09: TUGASAN 1: BUKU

Tajuk buku: You and Your Action Research Project, 2nd Edition
Penulis: Jean Mc Niff, Pamela Lomax and Jack Whitehead

Apa maksud kajian tindakan?

Kajian tindakan ialah menyediakan satu penyelesaian yang praktik terhadap masalah yang ditemui dengan membina pengetahuan baru, mencari cara untuk menguji kesahan maklumat yang ditemui, mengenalpasti sebab tindakan yang diambil, mengumpulkan dan mentafsirkan data untuk menunjukkan sebab dan nilai itu telah dibuktikan dan dipenuhi. Ianya sentiasa terus diperkembangkan secara berterusan sehingga ke tahap profesional.

Mengenal pasti masalah kajian

  • Lebih dikenali sebagai "fokus kepada kajian". Ia mengenal pasti kerangka konseptual yang digunakan di mana kerangka konseptual ini biasanya digunakan untuk merujuk kepada isu di dalam kesusasteraan, seperti keadilan, demokrasi, isu jantina, isu campuran bangsa. Pengkaji biasanya akan mengenal pasti 3 atau 4 major kerangka konseptual.
  • Isu boleh disediakan dengan cara tertentu seperti hipotesis yang hendak diuji atau idea yang hendak diterokai. Pengkaji mengenalpasti masalah dengan sentiasa mengemukakan persoalan. Ianya penting bagi memastikan setiap persoalan itu memenuhi situasi.
  • "How do I improve what I am doing?" (Whitehead, 1989)
  • "How do I help you to learn?" (Russell and Korthagen, 1995)
  • Bentuk yang istimewa persoalan kajian yang sering ditanya oleh pengkaji kajian adalah, "How do I...?" dan akan diikuti dengan persoalan yang berunsurkan pendidikan
  • Iany berfokus kepada sebab pengkaji untuk melakukan kajian dan bagaimana melakukannya. Tarikan kajian itu ialah apa yang pengkaji itu ingin kaji.
  • Maka poin penting adalah untuk mengenal pasti area yang hendak disiasat dan memastikan pengkaji itu boleh melakukan sesuatu. Ini membawa maksud kajian tindakan itu bermula; dari mana mereka mengambil situasi dunia sebenar sebagai area interest mereka.
  • Adakah ianya berkaitan dengan kerja pengkaji lakukan?
  • Kecilkan skop, lebih fokuskan dan lebih terurus.
  • Pastikan agar yakin dapat menunjukkan perkembangan dalam amalan dan situasi pengkaji.
  • Selepas mengenalpasti isu kajian, barulah memikirkan persoalan kajian, "How do I...?"


Setting kajian

  • Semakin luas bidang kerja, fokus kajian akan tertumpu pada aspek kecil dalam kerja tersebut. Pengkaji perlu bersikap pemilih.
  • Kenalpasti kumpulan kecil yang akan menjadi sampel kajian. Sampel ini akan bertindak sebagai wakil kerja luas pengkaji. Dipastikan agar mereka akan membantu untuk menghasilkan data yang mana akan membantu pengkaji membuat pengadilan dalam perkembangan kerjanya.
  • Fokus kerja adalah pengkaji dan merupakan sumber utama. Sampel adalah sumber data yang akan menunjukkan bagaimana pengkaji cuba untuk melatih pengaruh pendidikan.

Bagaimana guru melakukan kajian tindakan?

(a) Prosedur kajian

  1. Mengenalpasti masalah
  • Periksa dengan tutor memastikan ini adalah bidang kajian. Apabila membuat bacaan awal, pilih 1 atau 2 keywords dan periksa siapa lagi yang membuat kajian di dalam bidang ini. Mungkin tiada orang lain yang melakukan kajian, atau jika ada, mungkin pengkaji boleh mendapatkan beberapa penyelidikan bernilai dari sana. Ianya penting untuk terus meningkatkan dengan bidang pengkaji.

2. Nilai penyataan

  • Berfikir sebentar sebab bidang ini dipilih. Apakah nilai profesional dan motif sehingga menyebabkan kajian ini dipilih.
  • Sehingga takat mana pengkaji berharap untuk melakukannya dengan cara yang diingini dan apakah yang perlu dilakukan untuk membaiki situasi.

3. Pengumpulan data (Pusingan 1)

  • Selalunya akan wujud godaan atau cabaran dalam pengumpulan data. Pengkaji akan mengenalpasti kunci bidang yang akan membantu menunjukkan yang pengkaji memperbaiki situasi.
  • Perlu diingat bahawa data bukanlah bukti.
  • Failkan data. Sekiranya mengumpulkan data untuk pelbagai bidang yang berlainan, gunakan fail atau kota yang berwarna, dan letakkan data ini ke dalamnya.
  • Jangan sesekali membuang sebarang data sehingga projek selesai, dan kemudian bersikap pemilih di mana memastikan untuk membuang sebarang data menurut apa yang telah dirunding bersama sampel kajian.
  • Buat teknik senarai pengumpulan data, dan nomborkannya mengikut keutamaan.
  • Jangan menjangka bahawa setiap teknologi itu boleh didapati maka perlu diperiksa dahulu. Berhubung dengan rakan lain tentang penggunaan teknologi.
  • Jika menyimpan dalam komputer, buatkan back-up copies untuk maklumat tersebut dan back-up kepada back-up. Pengkaji sudah pun mengalami kehilangan maklumat disebabkan kegagalan berfungsi teknologi. Sentiasa simpan kerja-kerja dengan kerap.

4. Menggambarkan kemungkinan situasi atau penyelesaian yang dipilih

  • Fikirkan kemungkinan perancangan tindakan. Fikirkan dalam soal 'Plan A, menyediakan (x) dan (y)', atau 'Plan B, jika (a) dan (b).
  • Gambarkan kemungkinan senario masa hadapan dengan menggambarkan kemungkinan yang berlaku dalam 2 bulan akan datang dan apakah perbezaannya.

5. Pengumpulan data (Peringkat 2 dan seterusnya)

  • Boleh menggunakan metod dan instrument yang sama dalam peringkat 1, atau yang berlainan.
  • Kemungkinan fail dan kotak berlainan warna diperlukan untuk membandingkan data yang diperolehi dalam peringkat pertama dan kedua. Jika pengumpulan data dilakukan ke peringkat yang seterusnya, kemungkinan fail dan kotak berlainan warna diperlukan lagi, atau, lebih baik jika data disusun semula dalam kategori yang sedia ada atau yang baru.

(b) Pengumpulan dan penganalisisan data

1. Diari kajian

  • Pengkaji menggunakannya untuk mencatat idea-idea yang berkaitan dengan kajian tindakan.
  • Mengandungi had masa serta digunakan juga sebagai data mentah yang boleh digunakan untuk dianalisis di mana diari itu sendiri berpotensi untuk dijadikan sumber bukti utama.
  • Digunakan untuk mencartakan kemajuan kajian tindakan termasuk kejayaan atau kegagalan tindakan serta pembelajaran peribadi yang muncul daripada refleksi kendiri.

2. Pemerhatian

  • Pengkaji memerhatikan apa yang sedang berlaku dan mencatatkan pemerhatiannya. pengkaji melihat diri sendiri dan orang lain untuk memeriksa sama ada diri sendiri mempengaruhi orang lain ataupun tidak.
  • strategi yang digunakan adalah head counting: iaitu mengira jumlah kekerapan situasi tertentu yang ingin dikaji itu berlaku dan menghasilkan 1 carta.
  • strategi kedua adalah carta interaksi: melukis 1 grafik yang berhubung secara dinamik apa yang berlaku
  • strategi ketiga adalah tatacara analisis: menulis 1 agenda atau perancangan masa bagi program tertentu dan kemudian plotkan tindakan dan interaksi berhubung antara 1 sama lain dalam 1 kerangka
  • strategi keempat adalah analisis proses interaksi: mengesan interaksi interpersonal dalam kepelbagaian situasi sepanjang masa. Maka perlu biasa dengan kategori kelakuan yang dijadikan sebagai petunjukan tindakan

3. Soal selidik

  • bukan semulajadi dan digunakan untuk mengetahui maklumat yang tidak boleh dipastikan
  • tidak ada soalan atau jawapan betul tetapi terdapat soalan dan jawapan yang sesuai yang akan mempengaruhi kajian
  • soalan tertutup: ruang lebih kecil untuk jawapan dan jawapan lebih mudah untuk dikira
  • soalan terbuka: beri peluang kepada responden untuk memberi pendapat yang lebih luas. Ruang jawapan lebih luas tetapi memakan masa untuk dianalisis kerana mempunyai pelbagai idea

4. Temubual

  • kajian tindakan lebih kepada berhalakan pendidikan maka temubual lebih kepada perbincangan informal daripada temubual formal
  • pengkaji harus memberitahu tentang apa yang dibincangkan mengikut jadual temubual dan menggunakan kemahiran mendengar dengan baik sebagai menghormati orang ditemubual

5. Fotografi, rakaman audio dan video

  • fotografi adalah untuk dokumenkan tindakan serta sebahagian daripada pengawasan dan strategi penilaian. Ianya boleh dijadikan sebagai rangsangan ingatan di mana pengkaji boleh bercerita tentang pengalaman dengan menggunakan gambar
  • rakaman audio merekodkan mesej lisan mankala rakaman video boleh merekodkan mesej lisan dan bukan lisan yang digunakan sebagai refleksi dan penilaian dalan kajian tindakan

Friday, December 11, 2009

12-12-09: TUGASAN 2: JURNAL

Check out this SlideShare Presentation:

Saturday, December 5, 2009

AKTIVITI 12: PEMURNIAN

Mini kajian tindakan

Pembelajaran dan Pengajaran Menggunakan Pendekatan Penemuan (enquiry learning) Berasaskan Bahan Maujud

Matlamat kajian

Penerapan pembelajaran secara KBKK kepada pelajar

Objektif kajian

  1. Menggalakkan pelajar aktif berfikir secara penerokaan
  2. Menggalakkan pembelajaran secara "think-pair-share"
  3. Meningkatkan kreativiti dan keyakinan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran

Penyataan masalah

  1. Pelajar malas berfikir semasa proses pengajaran dan pembelajaran sebaliknya lebih suka mendapatkan segala maklumat terus daripada guru
  2. Proses pengajaran dan pembelajaran lebih kepada teknik berpusatkan guru di mana lebih banyak teori daripada praktikal

Persoalan kajian

Adakah kaedah inkuiri ini dapat memperlihatkan kreativiti pelajar di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran?

Thursday, December 3, 2009

AKTIVITI 11: TUGASAN 2: JURNAL

Jurnal 1: Adaptive Use Patterns of Secondary School Classroom Environment

Permasalahan kajian

Kedudukan pelajar di dalam kelas mempengaruhi penerimaan pengajaran guru. Begitu juga keadaan fizikal kelas dengan kedudukan meja guru dan pelajar mempengaruhi komunikasi mereka. 4 faktor terbesar keadaan kelas adalah:

· Keadaan fizikal
· Pengurusan masa / arahan
· Pengurusan tingkah laku
· Keefektifan guru

Pengkaji melaporkan penyataan masalah dengan cara:

  • Kajian kepustakaan yang pernah dibuat sebelum ini dalam ekologi kelas yang menunjukkan hubungan antara kedudukan pelajar dalam kelas dan pembolehubah seperti grade kursus, jarak fizikal antara guru dan pelajar, pilihan tempat duduk oleh pelajar dan persembahan pelajar di baris hadapan kelas (Holliman and Anderson, 1986; Benedict and Hoag, 2004; Perkins and Wieman, 2005).
  • Kajian kepustakaan tentang pilihan tempat duduk oleh pelajar yang mana pencapaian pelajar berkait dengan jarak pelajar dengan guru (Becker et al. 1973; Marlowe et al. 2006)
  • Guru membuat pelan kedudukan pelajar di dalam kelas yang berkaitan dengan stail pengajaran serta pendekatan yang digunakan guru (Rapoport, 1990, p. 178; Banning, 1993; Sommer, 1977; Koneya, 1976, Marx et al. 2000).
  • Kajian kepustakaan tentang penyusunan tempat duduk dan kedudukan pelajar yang memberikan kesan yang berlainan dalam komunikasi di dalam kelas (Becker et al. 1973; McCroskey and McVetta, 1978; Cooper and Simonds, 2003, p.94; Richmond and McCroskey, 2000, p.300)

Jurnal 2: Action Research on the Development of Caring Curriculum in Taiwan: Part II

Penyataan Masalah

  1. Kajian ini dijalankan berdasarkan penurunan atau kurang kemahiran secara praktikal yang dilakukan oleh pelajar-pelaja dalam bidang kejururawatan dalam kursus penjagaan pesakit.
  2. Pensyarah melihat atau mencari jalan penyelesaian dengan membuat penilaian terhadap tahap kemahiran pelajar melalui ujian atau teori.

Jurnal 3: A Collaburative Action Research Project in Inclusion Setting: Assisting a Blind Student

Penyataan Masalah

Inklusifkan pelajar yang cacat penglihatan ke dalam kelaspelajar tipikal yang lain dengan mengikuti sesi p&p yang sama dengan pelajar lain.

Pengkaji melaporkan penyataan masalah dengan:

  • pengumpulan data adalah selama 6 bulan yang mana data dikumpul melalui temu bual yang dilakukan ke atas guru besar, guru kelas, guru yang membantu dalam kelas dan Nafeli sendiri.
  • data juga dikumpul melalui pemerhatian cara pembelajaran Nafeli di dalam kelas.

AKTIVITI 10: TUGASAN 1: BUKU

Mengenal pasti masalah kajian tindakan...

  • Isu kajian boleh disediakan dengan cara tertentu seperti hipotesis yang hendak diuji atau idea yang hendak diterokai.
  • Persoalan yang paling penting tentang isu adalah, "What issue do I have to deal with in my personal professional life?"
  • Jawapan yang diberikan sama ada fokus yang meluas ataupun tertentu sahaja. Mungkin anda memerlukan untuk menguruskan masa dengan lebih baik, atau menolong orang yangtertentu, atau menukar elemen di dalam kurikulum, atau mengembangkan kapasiti untuk mendengar atau bermacam isu lain. Maka ianya difokuskan kepada satu isu sahaja di dalam program kajian.
  • Tarikan kajian itu ialah apa yang dihajatkan untuk menyiasat.
  • Maka poin penting adalah untuk mengenal pasti area yang hendak disiasat dan memastikan boleh melakukan sesuatu. Ini membawa maksud kajian tindakan itu bermula dari mana mereka dan dari mana mereka mengambil situasi dunia sebenar sebagai area interest mereka.
  • Selepas mengenalpasti isu kajian, barulah merumuskannya sebagai soalan kajian.
  • Mereka mengenalpasti masalah dengan sentiasa mengemukakan persoalan. Ianya penting bagi memastikan setiap persoalan itu memenuhi situasi.
    "How do I improve what I am doing?" (Whitehead, 1989), "How do I help you to learn?" (Russell and Korthagen, 1995)
    Bentuk yang istimewa persoalan kajian yang sering ditanya oleh pengkaji kajian adalah "How do I....." ..dan akan diikuti dengan persoalan yang berunsurkan pendidikan: "...understand my practice better (for your benefit)?" "....help you to learn?" "...contribute to the wider body of knowledge?" "...conribute to the education of social formation?"

Friday, November 20, 2009

AKTIVITI 9: TUGASAN 4 - MINI KAJIAN TINDAKAN

(i) Matlamat mini kajian tindakan

Penerapan pembelajaran secara KBKK kepada pelajar


(ii) Objektif mini kajian tindakan

  1. Menggalakkan pelajar aktif berfikir melalui penerokaan
  2. Menggalakkan pembelajaran secara think-pair-share
  3. Meningkatkan kreativiti dan keyakinan pelajar dalam proses p&p

(iii) Persoalan mini kajian tindakan

Adakah kaedah enquiry learning ini dapat memperlihatkan kreativiti pelajar di dalam kelas semasa proses p&p?