? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, November 20, 2009

AKTIVITI 8: TUGASAN 4 - MINI KAJIAN TINDAKAN

Cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran subjek:

i) Cadangan secara individu

  1. Guru harus memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan idea
  2. Guru haru memberikan arahan dan penerangan yang tepat dan sesuai agar ianya mudah difahami oleh pelajar
  3. Guru sendiri harus mengetahui peranan mereka apabila di dalam kelas. Dengan itu guru harus bersedia setiap kali sebelum mula masuk ke kelas agar apa yang dirancangkan tidak akan menjadi sebaliknya
  4. Guru harus membuat refleksi setiap kali di akhir pengajaran untuk memastikan setiap pelajar mendapat apa yang diajar pada hari itu

ii) Cadangan secara kumpulan

Penerapan pembelajaran secara enquiry learning yang berasaskan bahan maujud supaya pelajar dapat mengembangkan daya pemikiran mereka melalui kaedah enquiry learning dan juga dapat mengembangkan penggunaan pancaindera mereka melalui penggunaan bahan maujud. Dengan pembelajaran secara teori akan berkurang kerana teori itu sendiri akan diaplikasikan di dalam praktikal dan seterusnya dapat mengurangkan tahap kebosanan di kalangan pelajar sekaligus menjadikan pembelajaran lebih menarik.

iii) Cadangan kumpulan lain

Guru sendiri harus bijak memainkan peranannya, memantau aktiviti pelajar bagi memastikan setiap pelajar bekerjasama dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Ini penting untuk membolehkan pelajar belajar secara inkuiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada guru. Dengan itu guru kan dapat memastikan setiap objektif pembelajaran itu akan tercapai di akhir pengajaran kelak.

AKTIVITI 7: TUGASAN 4 - MINI KAJIAN TINDAKAN

Kelemahan pengajaran subjek:

i) Pengalaman / refleksi individu

  1. Teori lebih daripada praktikal (cth: lebih banyak penggunaan LCD dan teaching courseway)
  2. Penglibatan guru secara langsung adalah terhad
  3. Pelajar cepat berasa bosan
  4. Perkembangan pancaindera pelajar adalah kurang kerana kini mereka hanya menggunakan deria lihat dan dengar berbanding dahulu mereka menggunakan deria lihat, dengar, rasa dan sentuh.
  5. Pelajar kurangnya daya berfikir membuatkan imaginasi mereka adalah rendah
  6. Pelajar tidak kreatif kerana mereka hanya bergantung kepada ilmu dan maklumat yang diberikan daripada guru semata

ii) Pengalaman / refleksi kumpulan

Guru menekankan pembelajaran secara berpusatkan pelajar di mana pelajar lebih menguasai pembelajaran namun di akhir pengajaran dilihat guru lebih mendominasi keadaan membuatkan yang akhirnya menjadikan pembelajaran berpusatkan guru.

iii) Pengalaman / refleksi kumpulan lain

Pelajar yang pandai lebih cenderung untuk mendominasi pembelajaran berbanding pelajar lain jika ianya dibuat dalam berkumpulan.

Monday, November 16, 2009

AKTIVITI 6: TUGASAN 4 - MINI KAJIAN TINDAKAN

Kekuatan pengajaran subjek:

(i) Pengalaman / refleksi individu

  1. Pelajar berfikir di luar kotak
  2. Menjana idea baru kepada pelajar
  3. Guru sebagai scaffolding
  4. Pembelajaran pelajar menjadi lebih bermakna
  5. Dapat mencungkil potensi pelajar
  6. Pelajar belajar dengan seronok
  7. Penglibatan pelajar adalah secara langsung
  8. Dapat menunjukkan kesan nyata (cth: rasa masam diuji sendiri oleh pelajar. Bukan hanya disebut dan membiarkan pelajar menggambarkannya)
  9. Dapat mendisiplinkan pelajar
  10. Dapat menerapkan nilai-nilai rasa ingin tahu di kalangan pelajar

(ii) Pengalaman / refleksi kumpulan


Melalui kaedah penemuan ini, guru dapat menjalankan pengajaran secara dua hala. Ini bermaksud tidak hanya guru memberi maklumat tetapi terdapat juga maklumat dan pendapat daripada pelajar.Ini dapat mengembangkan minda dan informasi atau kosa kata baru kepada pelajar khususnya dan kepada guru amnya.


(iii) Pengalaman / refleksi kumpulan lain


Mewujudkan aktiviti pembelajaran di dalam kelas lebih aktif dan pelajar dapat mengembangkan idea serta dapat meneroka sesuatu yang baru.


(iv) Literature review


Student-Centered Teaching Meets New Media: Concept and Case Study
Penulis: Andreas HolzingerGraz University Hospital, Institute for Medical Informatics, Statistics, and Documentation (IMI)Engelgasse 13/1, A-8010 Graz, Austria.

Dalam jurnal ini bukti secara empirik menunjukan bahawa pelajar yang yang diberi kebebasan (explore) dalam pembelajaran mereka disamping bimbingan dan sokongan dari guru bukan sahaja mencapai keputusan yang baik dalam akademik, malah meraka dapat membina sosial serta peribadi diri mereka. Dan dikatakan juga pengajaran secara student centred ini memerlukan gabungan komunikasi, organisasi dan bahan bantu dalam pengajaran. ini jelas menunjukan untuk mencapai pembelajaran secara student centred guru-guru perlu lebih kreatif dan inovatif dalam pengajaran dalam bilik darjah yang meliputi aspek komunikasi dan juga bahan bantu mengajar yang digunakan.

Friday, November 13, 2009

AKTIVITI 5: TUGASAN 1 BUKU & TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN


Mengapa guru (pelatih/novis/berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan?


  1. Apabila kita mahu mengetahui sesuatu yang kita tidak tahu sebelum ini.
  2. Membantu mengembangkan pemahaman dengan lebih mendalam tentang apa yang anda lakukan sebagai pengkaji dalaman.
  3. Perkembangan pembelajaran kendiri dan situasi kendiri.
  4. Apabila kita mahu mengkaji apa yang berlaku di dalam situasi yang tertentu dan cuba untuk memperbaikinya.

AKTIVITI 4: MINI KAJIAN TINDAKAN

(i) Tajuk mini kajian tindakan:

Pengajaran dan Pembelajaran Secara "Enquiry Learning" Berasaskan Bahan Maujud

(ii) Nama ahli kumpulan:

  1. Nor Sahida Binti Agus Salim (P51989)
  2. Nor Hapsah Binti Mohamad (P51971)
  3. Wan Noor Syamimi Binti Md Noor (P52013)

(iii) Sebab memilih tajuk mini kajian tindakan ini:

  1. Untuk menjana minda pelajar lebih berfikiran kreatif dan inovatif
  2. Untuk menggalakkan pembelajaran secara berpusatkan pelajar
  3. Untuk melatih pelajar mencari dan menerokai maklumat secara sendiri
  4. Untuk mewujudkan suasana pembelajaran lebih menarik
  5. Memastikan apa yang dipelajari lebih difahami dan diingati untuk digunakan di masa akan datang.

(iv) Permasalahan kajian:

Pelajar berkeperluan khas terutama pelajar masalah pendengaran sukar untuk memahami sesuatu topik mata pelajaran sains sekiranya ia melibatkan syarahan atau kuliah yang panjang. Sesi pembelajaran menjadi lebih bosan dan pelajar tidak dapat memahami tajuk yang dipelajari. Pengajaran guru yang lebih kepada teacher centered learning menjadikan pelajar malas berfikir. Maka melalui kaedah ini, pelajar akan mencari dan menerokai maklumat itu sendiri hanya berasaskan bahan-bahan yang dibekalkan guru. Dengan ini pelajar akan lebih melibatkan diri di dalam sesi pembelajaran membuatkan mereka lebih memahami dan mengingati topik yang dipelajari.

(v) Sampel kajian:

Pelajar-pelajar masalah pendengaran

(vi) Setting kajian:

Di dalam kelas

AKTIVITI 2: JURNAL

Jurnal 1: Adaptive Use Patterns of Secondary School Classroom Environments.


Author: Aleksander Sztejnberg, 2006


Fokus kajian: Kajian ini adalah untuk menyiasat bagaimana guru sekolah menengah menyesuaikan diri memanfaatkan pembelajaran dalam persekitaran bilik darjah. Pendekatan ini menjelaskan hubungan intim antara gaya mengajar, gaya belajar dan penyesuaian penggunaan ruang sebaik untuk pembelajaran persekitaran yang berbeza. Dua kaedah utama yang digunakan dalam kajian ini. Kaedah pertama ialah merekod pemerhatian ruang (mapping). Kaedah kedua melibatkan dua soal selidik iaitu Principles of Adult Learning Scale (PALS) dan Questionnaire of the Classrooms' Physical Properties.

JURNAL 2 :Action Research in Language Teacher Education

Penulis: Christine Thorne dan Wang Qiang.

Fokus kajian: Refleksi daripada para guru merupakan satu perkara penting dalam bidang pendidikan. Ini dipercayai bahawa, ia boleh meningkatkan atau menggalakkan penguasaan guru-guru untuk meningkatkan peratus peperiksaan dan nilai tradisional atau kaedah yang pelbagai, dan reflek tentang pengajaran mereka sendiri dalam pengalaman dan pengetahuan teori yang mereka perolehi daripada pembacaan yang profesional dan program pendidikan guru-guru. Artikel ini memfokuskan kepada pelaksanaan dan pembangunan kajian tindakan dalam projek di Beijing Normal University iaitu Sino-British MA dalam Program Bahasa Inggeris.Tujuan projek ini adalah untuk memperkenalkan kajian tindakan kepada guru-guru bahasa Inggeris di China bagi menggalakkan refleksi tentang pengajaran dan penyelidikan di dalam kelas serta menjadi jambatan atau penghubung di antara teori-teori dengan pratikal di dalam dunia realiti sebenar di dalam bilik darjah.

JURNAL 3 : A Collaburative Action Research Project in Inclusion Setting: Assisting A blind Student.

Fokus kajian: Projek menginklusifkan pelajar yang cacat penglihatan ke dalam ke kelas pelajar tipical dengan menggunakan co-teaching sheme, yang mana tujuanya adalah untuk memberikan inklusif yang terbaik kepada pelajar cacat penglihatan melibatkan diri dalam aktiviti di kelas seperti pelajar tipical yang lain. untuk melaksanakan kajian tindakan ini 2 orang guru bekerjasama dalam memberikan pengajaran kepada Nafeli (sample). yang mana seorang guru mengajar dihadapan kelas dan seorang lagi guru yang pakar dalam braile akan duduk disebelah nafeli untuk membantunya, dan guru ini juga akan menyediakan bahan bantu mengajar yang khusus untuk Nafeli bagi membolehkanya menjalani p&p guru seperti biasa serta dapat melakukan tugasan-tugsan yang ada dalam buku teks.

Thursday, November 12, 2009

AKTIVITI 1: TUGASAN 1 BUKU

Tajuk buku: You and Your Action Research Project, 2nd Edition
Penulis: Jean McNiff, Pamela Lomax and Jack Whitehead




Kajian Tindakan

Kajian tindakan ialah menyediakan satu penyelesaian yang praktik terhadap masalah yang ditemui dengan membina pengetahuan baru, mencari cara untuk menguji kesahan maklumat yang ditemui, mengenalpasti sebab tindakan yang diambil, mengumpulkan dan mentafsirkan data untuk menunjukkan sebab dan nilai itu telah dibuktikan dan dipenuhi. Ianya sentiasa terus diperkembangkan secara berterusan sehingga ke tahap profesional.